Seni bina Gereja_St_George,_Pulau_Pinang

Gereja St George pada malam hari

Gereja ini dibina dengan gabungan senibina Neo-Klasik, era George dan Palladian Inggeris. Bangunan yang dibina sepenuhnya oleh buruh upahan dari India daripada batu bata atas tapak batu padu.

Serambi anjung gereja ini mempunyai tiang-tiang bercirikan senibina Dorik. Atap asal gereja ini berbetuk datar namun ia ditukarkan menjadi sebuah tebar layar pada tahun 1864 kerana atap tersebut didapati tidak sesuai bagi iklim tropikal Pulau Pinang. Puncak atap ini dihiasi puncak menara berbentuk oktagon.

Sebuah astaka peringatan didirikan pada tahun 1886 bagi memperingati Francis Light sempena perayaan seratus tahun para pendiri bandar moden Pulau Pinang.

Pada 6 Julai 2007, gereja ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 Harta Warisan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Gereja ini menjalani projek pembaikpulihan besar-besaran pada 2009.